Keberkahan dan Amalan Bulan Muharam

Dengan Ridhonya -  Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkahan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.

Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram
Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sampai 1 Muharam adalah:

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya yaitu hari pertama Muharam
“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”



4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


 “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

5.  Qiamullail:
a)     Bersolat sunat – Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir.

6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

7.  Doa Awal Muharam
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:

a.  Doa Pertama:
Doa Awal Muharram

Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca ‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulanMuharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”

b.  Doa Kedua:
“Ya Allah! Engkaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini kami memohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. kami memohon pertolonganMu, peliharakan kami daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. kami memohon akan perkara yang menjauhkan kami denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”

Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”

Semoga kita sama-sama mendapat keberkahan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasanamalan yang dilakukan seperti di atas.

Wallahu A’lam bishowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Baca juga : 

Di Doakan Secara Khusus Untuk Menyelsaikan Masalah anda KlikDisini
Air Hikmah Klik Disini
Tasbih Laduni Klik Disini   
Cara Meraih Kesuksesan dalam Kerejekian   Klik disini  
Ijazah Hizib Para Wali  Klik Disini  
Kumpulan Ilmu Hikmah Gratis  Klik Disini  
Nama nama Ilmu Hikmah  Klik Disini  
20 Manfaat dari Infak dan Sedekah  Klik Disini 


Penyaluran Zakat, Infaq dan Shodaqoh  Klik disini    


Anda yang Mau Bergabung bersama kami dengan yang lainya Menjadi Santriwan Santriwati secara Online di AL-HIKMAH NURIMANI
MERAIH KUNCI SUKSES DUNIA & AKHIRAT
“Barang siapa yang berjalan menuju Allah, Maka Allah akan berlari menuju dia. Siapa yang berlari menuju Allah, maka Allah akan melompat dan memelukNya”
Share on Google Plus

Pesan AL-HIKMAH NUR IMANI

“Orang yang paling pintar adalah orang yang berbuat baik, tetapi takut akan adzab Allah. Yang paling bodoh ialah yang berbuat kejahatan (kesalahan), tetapi mereka (merasa) aman dari adzab Allah, dan yang paling kaya dari mereka adalah orang yang paling qana’ah (selalu merasa cukup dengan pemberian Allah, baik sedikit maupun banyak)." Sedangkan orang yang paling perkasa adalah orang yang (paling) takwa.